Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP BAGI KURSUS ASAS OTOMOTIF TEKNISYEN SIRI 28/2023

200.jpgPenanjong Garison, Jumaat, 21 Julai 2023 –Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Otomotif Teknisyen Siri 28/2023 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Automotive Theater Room, Practical Training Area, Cawangan Latihan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata di Raja Brunei (CLTD SPT IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah 1228 Kapten Nurul Khartini binti Akui, Pegawai Memerintah, CLTD SPT IL ABDB).   Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai Latihan Teknikal, Pegawai-Pegawai Kejuruteraan Darat, Pembantu Staf Mekanikal Kejuruteraan Darat, Artifiser Sarjan Mejar Bolkiah dan Penanjong Woksyop, Pegawai Waran Penguasa Light Aid Detachment (LAD) Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei serta Jurulatih-Jurulatih CLTD SPT IL ABDB.

Kursus Asas Otomotif Teknisyen Siri 28/2023 ini dikendalikan selama enam (06) bulan bermula daripada hari Isnin, 09 Januari 2023 hingga hari Jumaat, 21 Julai 2023. Objektif kursus asas ini diadakan adalah untuk melayakkan dan menjadikan peserta-peserta kursus menjadi tekniksyen otomotif. Kursus ini menyampaikan ilmu otomotif secara teori dan kemahiran secara praktikal. Dalam kursus ini juga disampaikan Langkah keselamatan dan peralatan yang sesuai digunakan semasa pembaikan pulih komponen mekanikal. Dalam kursus ini juga dimasukkan pelajaran Recovery course atau Kursus Kembalik yang telah dijalankan oleh jurulatih-jurulatih bantuan kembalik daripada Bolkiah dan Penanjong woksyop.

Seramai enam belas (16) anggota telah berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada anggota-anggota Bolkiah Worksyop, Penanjong Worksyop, LAD Batalion Pertama TDDB, LAD Kedua TDDB dan LAD Batalion Ketiga TDDB. Tetamu Kehormat menyampaikan sijil kepada peserta-peserta kursus diikuti dengan penyampaian sijil penuntut terbaik keseluruhan kepada 51973 Soldadu Abdul Izzud Bin Haji Ramli daripada Bolkiah Woksyop.

Melalui kursus ini, peserta-peserta kursus telah layak untuk menjadi teknisyen otomotif yang akan bertugas di bawah Kejuruteraan Darat di Bolkiah dan Penanjong Woksyop serta di LAD-LAD Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Teknisyen Otomotif amatlah penting dan sangat diperlukan dalam menjalankan pemeliharaan dan pembaikan kelengkapan-kelengkapan kenderaan berpangkalan di darat yang digunakan di ABDB.

201.jpg202.jpg